Monday, October 27, 2008

event

SANTAI SELEBRITI & MEDIA RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PELANCONGAN TERENGGANU DENGAN KERJASAMA ANITA ENTERTAINMENT ^ PRODUCTION.

1. TUJUAN.

1.1. Acara ini adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada Selebriti . Media Massa dan Penaja Penaja di atas cadangan untuk mengadakan Program Hari raya bersama selebriti dan media serta penggiat industri pelancongan Terengganu pada 31 Oktober sehingga 2 November, 2008 dengan kerjasama Kumpulan Berita Harian Sdn. Bhd, Kerajaan Negeri Terengganu, Sekretariat Tahun Melawat Terengganu 2008 dan badan-badan kerajaan lain serta badan-badan sukarela pelancongan di negeri Terengganu.

1.2. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pelancongan Terengganu yang akan diadakan pada kali ini akan dinamakan sebagai SANTAI SELEBRITI & MEDIA RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PELANCONGAN TEENGGANU di mana ianya akan melibatkan sebilangan artis-artis tempatan yang akan berkampung di daerah Hulu Terengganu selama 3 hari 2 malam.

1.3. Program ini juga merupakan satu usaha mempromosikan acara-acara perayaan agama yang berbilang kaum sebagaimana kempen ‘Malaysia Truly Asia’ yang dilakukan oleh Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia di samping untuk menggambarkan kemeriahan sambutan perayaan di kampung.

1.4. Program ini bertepatan sempena Tahun Melawat Terengganu 2008 yang giat dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan Terengganu menjadi destinasi utama di Malaysia. Dengan sokongan semua pihak terutama artis dan media akan lebih memberi impak dalam mempromosikan negeri Terengganu & produk dan perniagaan tempatan.

2. OBJEKTIF.

2.1. Mempromosikan Malaysia dan negeri Terengganu secara aggresif sebagai destinasi pelancongan melalui acara-acara sambutan perayaan kaum di Malaysia sambil melibatkan fungsi produk-produk penaja.

2.2. Memberi peluang kepada pelancong merasai suasana sambutan hari raya di kampung di samping mengeratkan silatul rahim masyarakat malaysia berbilang kaum di Malaysia ..

2.3. Mempromosi dan memperkenalkan aktiviti berkaitan pelancongan, program dan acara yang menggambarkan keunikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

2.4. Mempromosikan homestay di Terengganu kepada pelancong.

2.5. Merangsangkan dan mempertingkatkan pelancongan domestik dan antarabangsa.

2.6. Mendedahkan kepada artis-artis berhubung dengan produk tempatan dan destinasi pelancongan di Terengganu untuk sama-sama dalam mempromosikannya.

3. IMPLEMENTASI.

3.1. Tarikh : 31 Oktober hingga 2 November 2008

3.2. Tempat : Homestay Kampung Buloh, Hulu Terengganu.

3.3. Masa : Acara sambutan 10 pagi (18/11/2006).

3.4. Perasmian : YB Datuk Haji Za’abar bin Dato’ Mohd Adib,

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan

Negeri.

4. PENYERTAAN.

4.1. Bagi menyerpurnakan program ini penglibatan semua pihak yang terlibat secara langsung dalam industri pelancongan negeri Terengganu dan juga artis-artis dan media-media tempatan akan diberi tanggungjawab dan peranan untuk bersama-sama menjayakan program ini. Dijangkakan seramai 34 orang artis dan 30 orang media akan turut serta dalam program ini yang akan dikendalikan oleh Anita Entertainment & Productions selaku pengurus acara bagi perjalanan dan persiapan artis-artis dan media.

4.2. Bagi melicinkan perjalanan program dan menarik pelancong untuk turut serta dalam program ini penglibatan agensi- agensi berkenaan amatlah diperlukan;

i. Sekretariat Tahun Melawat Terengganu 2008.

ii. Majlis tindakan Pelancongan Negeri Terengganu

iii. Pejabat Daerah Hulu Terengganu

iv. Majlis Daerah Hulu Terengganu.

v. Polis Diraja Malaysia Negeri Terengganu

vi. Jabatan Pertahanan Awam

vii. Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu.

viii. Persatuan Hotel Cawangan Negeri Terengganu.

ix. Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Cawangan Terengganu).

x. Persatuan Pemandu Pelancongan Alam Semulajadi Negeri Terengganu.

xi. Persatuan Budget Hotel Cawangan Negeri Terengganu.

xii. Jawatankuasa Kemajuan Kampung Buloh, Hulu Terengganu.

xiii. Penaja-Penaja Terlibat

xiv. Pelakun & Penyanyi ( Pengiat Seni )

xv. Media Massa ( Media Cetak & Media Elektronik )

4.3. Kerjasama dari pihak-pihak Penaja lain juga amat diperlukan dalam memastikan kelicinan perjalanan program ini.

5. TANTATIF ATURCARA PROGRAM.

30 Oktober 2008 – Khamis

10.00-11.00 malam Bertolak Dari Kuala Lumpur

31 Oktober, 2008 (Hari Pertama)

08-09.00 pagi Sarapan Pagi

10-11.00 tengathari Lawatan Kerumah Anak-Anak Yatim

12-1.00 petang Makan Tengahari

03.00 petang : Artis & media tiba dari Kuala Lumpur dan Majlis penyerahan anak angkat di Homestay Kampung Buloh.

04.00 petang : Minum Petang (Suaikenal & taklimat acara)

05.00 petang : Sukaneka rakyat (Artis & media melawan penduduk kampung)

08.00 malam : Makan malam (penduduk kampung gotong royong menyediakan masakan ala kampung)

: Penyampaian Hadiah sukaneka Rakyat.

09.30 malam : Persembahan selamat datang oleh penduduk kampung.

11.00 malam : Rehat dan acara bebas.

01 November, 2008 (Hari Kedua)

Majlis Rumah terbuka Raya Pelancongan

10.00 pagi : Penduduk kampung, artis, Media dan Pelancong berkumpul di tapak Majlis Rumah Terbuka Raya.

10.15 pagi : Ketibaan Para tetamu Jemputan dan Pengarah bahagian Promosi Domestik, Tourism Malaysia.

: Ketibaan YB Datuk Haji Za’abar bin Dato’ Mohd Adib,

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan Negeri

10.30 pagi : Ucapan aluan Pengerusi Majlis.

: Ucapan Aluan oleh Encik Musa bin Yusof, Pengarah Bahagian Promosi Domestik, Tourism Malaysia.

: Ucaptama oleh YB Datuk haji Za’abar bin Dato’ Mohd Adib,

: Gimik pelancaran

: Sidang media

: Jamuan hari raya

: Persembahan kebudayaan dan artis.

12.30 petang : YB. Datuk Exco dan dif-dif jemputan berangkat pulang.

: Majlis rumah Terbuka Tamat.

02.00 petang : Lawatan produk;

- Taman Burung Kuang Ajil

- Taman Pertanian Sekayu

- Sentuari Tuntung di Bukit Paloh

0.5.30 petang : Rehearsel Persembahan Mega Hari Raya

09.00 malam : Konsert Mega Hari Raya Aidilfitri

12.00 malam : Konsert Tamat.

02 November, 2008 (Hari Ketiga)

07.00 pagi : Sarapan Pagi

08.00 pagi : Senam robik (Poco –poco khas)

10.00 pagi : Mengarau ikan

12.00 t/hari : Majlis perpisahan bersama keluarga angkat & pertukaran cenderahati.

01.00 t/hari : Makan Tengahari / Bertolak Pulang ke KL.

6. LANTIKAN JAWATANKUASA.

7.1. Jawatankuasa Kecil Persiapan Tempat & Sambutan.

7.2. Jawatankuasa Kecil Jemputan & Protokol.

7.3. Jawatankuasa Kecil Promosi dan Publisiti.

7.4. Jawatankuasa Kecil Jamuan & makanan.

7.5. Jawatankuasa Kecil Penginapan & Pengangkutan.

No comments: